Berita Hari Ini

Asean, EU Teroka Kemungkinan Pulihkan Rundingan FTA

KUALA LUMPUR: ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) sudah bersedia meneroka kemungkinan memulihkan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) ASEAN-EU selepas pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Pesuruhjaya Eropah bagi Perdagangan Cecilia Malmstrom berkata pegawai kanan ASEAN dan EU akan bertemu menjelang akhir tahun ini bagi menilai dan meneroka usaha ke hadapan serta membuat laporan kepada para Menteri.

“EU komited mewujudkan FTA antara rantau ke rantau (ASEAN-EU), namun yang penting usaha itu dilakukan dengan betul,” katanya pada taklimat kepada pemberita selepas Perundingan ke-13 Menteri-menteri Ekonomi ASEAN-Pesuruhjaya Perdagangan EU, di sini Ahad.

Perundingan itu dilangsungkan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-26.Perundingan terakhir berlangsung pada 2013.

Rundingan FTA ASEAN-EU dilancarkan pada 2007, namun selepas tujuh pusingan rundingan, rancangan itu ‘digugurkan’ pada Mac 2009, sebahagian besarnya berpunca daripada kegagalan mencapai persetujuan membabitkan isu politik dan hak asasi manusia di Myanmar.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");