Jenayah

Bantah GST: Kumpulan aktivitis tuntut jawapan

PETALING JAYA – Kira-kira 20 aktivis Gabungan Bantah GST berkumpul semula di hadapan Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kelana Jaya, pagi semalam bagi menyerahkan surat maklum balas berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Mereka berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan jawapan kastam melalui laman web agensi itu, yang disifatkan sebagai retorik.

Kumpulan yang diketuai Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan, berkumpul secara aman sambil membawa jambangan bunga dan menyerahkan surat itu kepada Pengarah Kastam, Abdul Ghani Osman di hadapan kompleks berkenaan jam 11.30 pagi.

Kira-kira setengah jam kemudian wakil kastam menyerahkan surat perakuan yang disahkan kepada kumpulan itu.
Pasukan polis, dengan unit anjing pengesan dan pencegah rusuhan, turut berada di kawasan kompleks untuk mengawal keadaan.

Bercakap kepada pemberita selepas penyerahan surat itu, Arutchelvan berkata, jawapan balas yang diberikan kastam terhadap 106 soalan yang dikemukakan pihaknya pada 23 Mac lalu, terlalu umum dan retorik.

“Daripada 106 soalan itu, hanya 26 dijawab, manakala 63 jawapan tidak menepati soalan dan 17 lagi tidak dijawab langsung,” katanya.

Justeru, kumpulan itu menggesa kerajaan membatalkan pelaksanaan GST yang didakwa masih belum boleh diterima oleh rakyat.
“Kami menerima maklum balas daripada rakyat bahawa mereka terbeban dengan kenaikan harga barangan dan belum bersedia dengan pelaksanaan cukai baru itu,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, beberapa aktivis daripada kumpulan sama yang membantah pelaksanaan GST, ditahan kerana menyerbu masuk ke dalam kompleks itu.

Kumpulan itu disertai wakil Jaringan Rakyat Tertindas, Soladariti Mahasiswa Malaysia, Soladariti Anak Muda Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam, Pas, Angkatan Pemuda Bangsa Malaysia, Lensa dan Saya Anak Bangsa Malaysia.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");