Sukan Hari Ini

Barcelona terima padah akibat kesilapan sendiri – Enrique

Barcelona tampil dengan aksi cukup menyakinkan dan kelihatan akan meraih kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertandingan, hasil jaringan Lionel Messi dan Neymar pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, kesilapan yang jarang sekali dilakukan oleh penjaga gol Chile, Claudio Bravo telah membolehkan Sevilla merapatkan jurang gol sebelum rehat.

Penyandang juara Liga Europa itu memanfaatkan peluang apabila Gerard Pique membiarkan Jose Antonio Reyes menguasai bola lapan minit sebelum permainan tamat, sekali gus membuka ruang buat Kevin Gameiro menyumbat gol penyamaan untuk mencuri satu mata pada pertemuan itu.

“Saya fikir dalam separuh masa pertama kami beraksi lebih baik, kami telah mempamerkan permainan bola sepak yang berkualiti, mengawal permainan dan menyebabkan lawan berdepan masalah.

“Malang sekali hanya dalam tempoh yang singkat kami hilang kawalan apabila dibolosi dan sekali gus mewujudkan persaingan sengit.

Pada babak kedua pula perlawanan berlangsung seimbang, kedua-dua pasukan berjaya mencipta peluang tetapi tiada satu pun yang benar-benar mengancam.

“Kami kemudiannya melakukan kesilapan dan terpaksa membayar dengan harga yang cukup mahal,” kata bos Barcelona, Enrique.

Keputusan seri itu bermakna Barcelona kini mendahului Real Madrid dengan hanya dua mata dalam perebutan mereka untuk memburu gelaran pada ketika pertandingan kini hanya berbaki tujuh perlawanan.

Sevilla kembali bangkit bagi memastikan mereka kekal hanya empat mata di belakang pasukan di anak tangga ketiga Atletico Madrid dalam perebutan untuk kembali ke kancah Liga Juara-juara pada musim depan dan melebarkan rekod tanpa kalah di laman sendiri kepada 33 perlawanan.

“Pungutan mata seperti yang semua sudah ketahui, namun kami masih pendahulu saingan. Kami perlu menganalisis apa kesilapan kami dan memperbaki kelemahan kami.

Kami tidak perlu memperbesar-besarkan keputusan seri ini,” kata pemain tengah Andres Iniesta. – AFP -www.utusan.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");