Sukan Hari Ini

Bayern, Barcelona mara ke separuh akhir

PARIS: Dua jaringan Robert Lewandowski dan Neymar mencetuskan inspirasi buat Bayern Munich dan Barcelona apabila masing-masing mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Kedua-dua jaringan Lewandowski muncul pada separuh masa apabila Bayern terpaksa mendapatkan lima gol bagi menyaingi Porto yang menewaskan pasukan itu 3-1 pada suku akhir pertama sebelum ini.

Namun perlawanan pagi tadi berakhir dengan kejayaan dramatik Bayern dengan keputusan 6-1, sekali gus menyaksikan Bayern mara dengan kemenangan agregat 7-4.

Ia turut melakar rekod cemerlang jurulatih Bayern, Pep Guardiola apabila dia tidak pernah gagal layak sebagai empat pasukan terbaik dalam enam kempen Eropah.

Penjaring lain bagi Bayern ialah Thiago Alcantara (m-14), Jerome Boateng (m-22), Thomas Mueller (m-36), Xabi Alonso (m-88), manakala Porto memperoleh gol sagu hati menerusi Jackson Martinez pada minit ke-73.

Malang bagi Porto apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila pertahanannya, Ivan Marcano menerima kad kuning kedua pada 70 minit permainan.

Neymar juga meledak dua gol pada separuh masa pertama untuk Barcelona dengan kemeangan mudah 2-0 ke atas Paris Saint Germain (PSG), sekali gus layak ke separuh akhir dengan agregat 5-1. – AFP/http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");