Berita Hari Ini

Buku Rujukan, Novel Jadi Tumpuan Hari Pertama Pesta Buku Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Novel dan buku rujukan menjadi tumpuan pengunjung pada hari pertama Pesta Buku Antarabangsa 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Tinjauan mStar Online mendapati, rata-rata pengungjung terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti yang tidak henti memenuhi PWTC sejak pesta itu dibuka.

Menurut jurucakap syarikat penerbitan terkenal, Sasbadi Holding, buku rujukan antara yang mendapat sambutan pada hari pertama perta tersebut dibuka.

“Setakat ini buku rujukan antara yang menjadi perhatian pengunjung, namun ini hanya untuk hari pertama dan trend mungkin akan bertukar pada esok,” jelasnya.

Selain itu, novel-novel terbitan beberapa syarikat turut mendapat sambutan dan antaranya ialah Lejen Press dan Fixi.

Antara novel dan cerpen yang laris dijual pada hari pertama ialah seperti “Hikayat Raja Babi” karya Usop Abdul Kadir, “Urban” (Azrin Fauzi) serta “Pakar” karya Nadia Khan.

Menurut salah seorang pengunjung di khemah Lejen Press dan Fixi, Syifa Abdullah, 22, memberitahu, lebih berminat untuk membaca karya-karya yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan tersebut kerana kisah yang dihasilkan lebih menarik dan berlainan dengan novel-novel biasa.

“Selalunya novel-novel yang ada menceritakan mengenai cinta tetapi novel yang diterbitkan Lejen Press dan juga Fixi berlainan daripada novel-novel biasa.

“Cerita yang ditulis bagi novel terbitan Lejen Press dan juga Fixi adalah lebih kepada isu semasa seperti isu lesbian dan gay,” ujarnya.

Sebanyak 115 syarikat penerbitan mengambil bahagian pada Pesta Buku Antarabangsa 2015 yang berlangsung bermula pada 24 April hingga 3 Mei ini.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");