Berita Hari Ini

Cadang sedia elaun untuk warga tua

SHAH ALAM – Kerajaan dicadang menyediakan elaun sara hidup kepada warga tua secara berkala pada kadar sama atau melebihi paras kemiskinan negara iaitu RM800.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, elaun tersebut perlu diberikan kepada warga emas yang memerlukan penjagaan diri kerana tidak berupaya atau mempunyai penyakit sama ada tinggal secara bersendirian atau bersama keluarga.

Menurutnya, Bantuan Orang Tua (BOT) dikelolakan Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika ini hanya memperuntukkan RM300 untuk tempoh penerimaan selama 12 bulan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tiada mata pencarian atau tiada keluarga.

“Pada tahun lalu, RM347.54 juta disalurkan kepada 131,571 penerima di seluruh negara. Kadar diberikan untuk tempoh terhad tidak mencukupi buat warga emas membiayai kehidupan mereka.

“Tambahan pula, hanya kurang 5 peratus daripada keseluruhan warga emas menerima sumbangan melalui skim BOT yang didapati dengan cara memohon,” katanya.

Katanya, pemberian elaun sara hidup juga sangat penting kerana 68 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun menjelang persaraan.

“Dengan anggaran setiap individu memerlukan perbelanjaan minimum RM800 sebulan, jumlah itu hanya cukup menampung gaya hidup ringkas mereka untuk tempoh lima tahun selepas bersara.

“Oleh itu, wajar elaun kos sara hidup diberi kepada warga tua bagi memastikan kesejahteraan ekonomi dan sosial lebih terjamin,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");