Jenayah

Cincin sangkut akibat jari bengkak

SEREMBAN – Hospital Tuanku Ja’afar di sini terpaksa meminta bantuan bomba berikutan cincin suasa yang dipakai seorang pesakitnya, gagal ditanggalkan, semalam.

Pada awalnya, pihak hospital melakukan pelbagai usaha membuka cincin pada jari manis lelaki berusia 36 tahun itu, bagaimanapun tidak berjaya.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, N. Sundram berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.30 pagi daripada pihak hospital memaklumkan terdapat seorang pesakitnya mengalami kesakitan akibat cincin dipakai gagal ditanggalkan.

“Lapan pegawai dan anggota ditugaskan ke hospital bagi membantu membuka cincin dipakai mangsa.

“Sebaik sampai didapati kesemua jari tangan mangsa telah membengkak dan sebab itu cincin dipakainya tidak dapat dibuka,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka cincin berkenaan dengan bantuan alat pemotong.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");