Berita Hari Ini

Daftar pemilih tambahan 2015 dipamer mulai esok

PUTRAJAYA 27 April – Rang Pendaftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku pertama tahun 2015 (1/2015) akan dipamerkan selama 14 hari mulai esok di 935 tempat pameran di seluruh negara, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR dalam kenyataan di sini hari ini berkata, tempat pameran termasuk pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos berkomputer, kompleks/pejabat kerajaan, pejabat daerah/pejabat tanah, majlis daerah/perbandaran, dewan serbaguna/rukun tetangga/balai raya/penghulu/dewan dan tempat lain.

SPR meminta semua pemohon yang telah berdaftar dalam tempoh 1 Januari 2015 hingga 31 Mac 2015 untuk membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih mereka di tempat-tempat yang dinyatakan sepanjang rang itu dipamerkan sehingga 11 Mei ini.

Menurutnya, suruhanjaya menerima sebanyak 64,775 permohonan pendaftaran sebagai pemilih bagi tempoh itu.

Jumlah tersebut merangkumi 54,388 pendaftaran pemilih baharu dan 10,387 permohonan untuk pertukaran alamat pusat pengundi daripada pemilih sedia berdaftar dengan SPR.

Semasa tempoh DPT itu, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih.

Antara asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada daftar pemilih ialah kerana mereka didapati telah meninggal dunia atau lucut hak warganegara, menurut kenyataan itu. – Bernama

-Utusan Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");