Membawang Hari Ini

Datuk Rossa bakal takluk Istana Budaya

MENJADIKAN Malaysia sebagai rumah ke dua, Rossa buat pertama kalinya bakal tampil dengan konsert solo Malam Keajaiban Cinta yang bakal berlangsung di pentas penuh prestij, Istana Budaya (IB) pada 22 dan 23 Mei ini.

Bagaikan impian menjadi kenyataan, Rossa menganggap kesempatan yang diberikan kepadanya ini sebagai antara pencapaian yang terbaik buat kariernya.

Lebih teruja apabila Rossa mencipta sejarah sebagai penyanyi wanita dari luar negara yang pertama beraksi di pentas penuh prestij, Istana Budaya sekali gus memecah rekod penyanyi dari senegaranya, Afgan yang beraksi satu malam di pentas sama tahun lalu.

“Sebenarnya, sebelum ini saya pernah menyatakan hasrat pada pihak IB untuk mengadakan konsert, namun ketika itu rezeki tidak menyebelahi saya.

“Alhamdulillah, kali ini saya diberi kesempatan IB sendiri. Sudah pasti saya mahu buat yang terbaik memandangkan tidak semua berpeluang seperti saya,” tuturnya teruja.

Walaupun sudah diiktiraf sebagai penyanyi profesional, itu bukan alasan buat Rossa memandang ringan terhadap persiapan konsertnya kelak.

“Memang saya sudah banyak kali terlibat dengan persembahan, namun kali ini ia berbeza kerana IB adalah pentas besar dan memiliki cabarannya yang tersendiri.

“Lagi pun untuk konsert ini juga saya berhadapan dengan masa terhad memandangkan ia hanya di rancangan dalam masa enam minggu.

“Kita akan cuba gunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Tidak semua penyanyi diberi peluang seperti ini, jadi saya harus lakukan dengan sebaiknya,” katanya.

Pada konsert anjuran kerjasama Airish Event dan Mask Team ini, Rossa akan membuat persembahan selama dua jam dengan mendendangkan 20 lagu termasuk tiga lagu tradisional dari Malaysia dan Indonesia yang turut diiringi Okestra Tradisional Malaysia (OTM).

Bangga bergelar mentor

Beralih pada perkembangan lain, Rossa sempat berkongsi penglibatannya dalam program realiti The X Factor Indonesia.

“Sekarang program ini sudah masuk musim dua dan baru-baru ini juga saya terlibat dalam pemilihan uji bakatnya. Sebenarnya, saya sanggat bangga terpilih dalam program ini kerana ia beri peluang kepada saya untuk mencurahkan segala pengalaman dan ilmu pada peserta yang berbakat.

“Walaupun tanggungjawab yang digalas bukanlah mudah seperti yang dibayangkan, namun ia sangat berbaloi,” ujarnya.

Tambah Rossa, sebagai mentor, tidak ada apa yang membanggakan kecuali melihat perkembangan protege yang semakin berkembang.

“Pada musim pertama, Alhamdulilah, protege saya, Fatin berjaya dinobatkan sebagai juara. Beberapa hari lalu, saya berkesempatan menyanyi bersamanya di sebuah majlis. Saya bangga melihat perubahan yang ada padanya.

“Pertama kali bertemu Fatin ketika awal uji bakat sememangnya dia masih mentah dalam nyanyian. Tapi sekarang semuanya sudah ada peningkatan dan saya bahagia kerana usaha kami akhirnya berhasil,” katanya gembira.

Buah hati Afgan?

Selagi hatinya masih belum dimiliki, selagi itulah penyanyi berbintang Libra ini tidak terlepas dari gosip cinta. Tidak terkejut malah tergelak besar, Rossa menafikan dakwaan dirinya menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi muda, Afgan malah mendedahkan persahabatan mereka sudah terjalin sejak lebih lima tahun lalu.

“Kurang ajar!,” katanya dengan nada bergurau sambil tertawa. Mungkin ramai yang tahu dan ramai tidak tahu sebenarnya saya dan Afgan adalah sahabat baik dan sudah kenal lebih lima tahun. Lagi pun dia masih muda.

“Sebetulnya, bukan hanya kami berdua tetapi ada empat orang lagi yang sangat rapat. Kami selalu ke mana-mana bersama dan jika ada masa luang mereka datang ke rumah saya. Kami makan-makan, berbual dan berkaraoke,” tuturnya sambil ketawa lagi.

Ditanya apakah ciri-ciri teman istimewa yang didambakannya, Rossa menjawab usia lebih matang adalah pilihan utamanya.

“Afgan itu sudah seperti adik saya. Kalau mahu bercinta pun, saya akan memilih jejaka yang lebih berusia. Selain itu dia juga perlu lebih baik dari saya dari segala aspek termasuklah dari segi akhlaknya,” tuturnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");