Membawang Hari Ini

Debaran Elaine Daly

MODEL yang juga pengacara program bual bicara Bella di NTV7 ini mengakui cukup teruja apabila disahkan hamil selepas berkahwin bersama seorang doktor yang berasal dari Afrika Selatan, Nick Borden pada Disember tahun lalu.

Menurut Elaine Daly, meskipun dia bakal menjadi ibu dalam usia yang mencecah ke angka 38 tahun, namun ia bukan halangan untuk menjadi ibu terbaik kepada anaknya.

“Sebelum ini ramai kawan-kawan yang jumpa saya dan melihat saya masih solo.

“Siapa sangka saya tiba- tiba berkahwin dan kini bakal menjadi seorang ibu. Semuanya hanya dalam sekelip mata,” katanya yang sedang hamil tujuh bulan kini.

Berkongsi lanjut perasaannya, Elaine ketika ditemui pada majlis kempen Drypers Moms Of Malaysia memberitahu, dia begitu gembira kerana sepanjang kehamilan, dia mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami dan keluarga.

“Ini adalah kehamilan pertama saya, saya memang kurang pengetahuan tetapi menerusi pembacaan yang banyak dan pengalaman rakan-rakan saya mampu laluinya dengan kuat,” katanya.

Menurut Elaine juga, pengalaman hamil bukanlah seperti yang dibayangkan.

“Saya tidak pernah membayangkan bagaimana rasanya hamil, kini apabila ia terjadi kepada saya, macam-macam perkara yang perlu dihadapi.

“Bayangkan hendak bangun daripada katil, berjalan dan bergerak seperti sebelum ini sangat sukar,” katanya turut mengalami peningkatan berat badan sebanyak lapan kilo sepanjang proses kehamilan.

Sedikit alahan yang dialaminya, kata Elaine, dia hanya tidak boleh makan daging sejak di awal kehamilan.

“Saya tidak muntah tetapi saya tidak boleh melihat daging. Rasanya kehamilan saya agak mudah kerana saya gemar makanan yang pedas dan masam,” katanya turut mengamalkan senaman sesuai untuk ibu mengandung.


Mahu sampaikan mesej

Bercerita pembabitannya menerusi kempen ini pula, kata Elaine, dia sangat teruja apabila diberi peluang bekerjasama dengan Drypers dalam kempen itu.

Sebagai seorang selebriti, dia yakin masyarakat khususnya peminat akan menerima mesej yang hendak disampaikan olehnya dalam kempen tersebut dengan baik.

“Kalau boleh saya mahu mereka mencari ruang dan peluang untuk sentiasa meluangkan masa dengan anak-anak.

“Walaupun bekerja, saya harap tiada yang akan mengeluh dan mengatakan mereka tiada masa dengan anak-anak. Apa yang kita boleh lakukan adalah dengan menyusun jadual kerja sebaiknya,” katanya.

Ujarnya, penting supaya detik-detik manis bersama anak daripada kecil hingga dewasa tidak terlepas oleh ibu bapa.

“Mungkin ada yang tidak perasan, sedar tidak sedar anak mereka sudah pun menginjak ke alam remaja.

“Sehinggakan ada anak mengeluh bahawa mereka lebih banyak dijaga oleh pembantu rumah,” jelasnya tidak mahu perkara sedemikian berlaku dalam masyarakat tempatan.

Selain Elaine, selebriti lain turut berkongsi pengalaman mereka mengenai kehamilan dan bergelar ibu adalah pelakon Aishah Sinclair dan isteri kepada Harith Iskander, Dr Jezamine Lim Iskander.


Fokus belakang tabir

Dalam pada itu, pengalamannya dalam bidang seni selama 15 tahun bukan alasan baginya untuk terus aktif dalam bidang ini meskipun sudah mempunyai anak.
“Walaupun masih ramai yang minta saya menjadi hos untuk majlis-majlis tertentu, tetapi saya perlu utamakan keluarga selepas ini.

“Fokus utama saya adalah anak, saya tidak mahu anak terasa hilang perhatian seorang ibu. Kerana itu saya akan banyakkan kerja-kerja di belakang tabir selepas ini,” katanya yang juga seorang pelakon, pengarah dan penerbit.

Ditanya apakah dia akan bercuti dalam masa terdekat, kata Elaine, hamil tidak halang dirinya untuk kekal aktif.

“Saya sendiri tidak tahu bila akan bercuti, yang pasti saya akan terus bekerja selagi termampu,” katanya masih kekal sebagai hos Bella buat masa sekarang.

Berkongsi harapan mengenai anak sulungnya itu, ujarnya, dia hanya berharap bayi yang bakal dilahirkan sihat dan dia dapat melahirkan anaknya itu secara normal.

“Pada masa sama, saya harap akan memiliki bentuk badan asal selepas bersalin nanti,” katanya yang mengimpikan kehadiran tiga orang cahaya mata.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");