Jenayah

Dua maut kenderaan bertembung

Kuantan: Dua terbunuh manakala seorang parah apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung di depan Flat Lembaga Pelabuhan Kuantan, Jalan Kuantan-Pelabuhan, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Perodua Viva, Robiah Mohd Rawi, 26, dari Kampung Merbau Menyusut, Sungai Tong, Permaisuri, Terengganu dan penunggang motosikal, M Sanada, 46, dari Rumah Sinju Kampung Aping, Sungai Tenggang, Sri Aman, Sarawak.

Mangsa yang cedera di badan dan kepala dikenali sebagai Mohd Azrin Abdullah Zaib, 34, serta dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, van dipandu Mohd Azrin dalam perjalanan menghala ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, dekat sini, dipercayai memotong sebuah kenderaan sebelum melanggar kereta dipandu Robiah serta motosikal ditunggang Sanada.

“Akibat rempuhan itu, Robiah tersepit di dalam kenderaan dipandunya manakala Sanada terpelanting di tengah jalan,” katanya.
Beliau berkata, Mohd Azrin yang mengalami kecederaan di badan dan kepala dibantu orang awam sebelum dikejarkan ke HTAA untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, siasatan mendapati semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu mempunyai lesen memandu.

“Polis akan menjalankan ujian saringan terhadap Mohd Azrin bagi mengesan sama ada lelaki itu memandu di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");