Jenayah

Dua sarang dadah digempur

MARANG – Seramai 16 orang dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah ditahan dalam dua operasi dilakukan anggota AADK Marang sepanjang minggu lalu sehingga semalam.

Ketua Pegawai AADK Marang, Wan Zulkafli Wan Ahmad berkata, operasi disertai sekumpulan sembilan penguat kuasa AADK daerah itu dijalankan di dua lokasi yang dikesan dijadikan port dadah.

Menurutnya, dalam operasi pertama yang dijalankan di Tebakang, seramai 10 orang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah berjaya ditahan, manakala 11 lagi ditahan dalam operasi di Darat Pak Chan.

“Seramai 21 orang yang ditahan itu adalah lelaki dan hasil saringan air kencing didapati hanya 16 orang yang berumur 20 hingga 45 tahun positif dadah jenis morfin (11) dan pil kuda (5),” katanya.

Tambahnya, ketika operasi, sekumpulan penguat kuasa terpaksa mengejar beberapa suspek yang melarikan diri sebelum mereka berjaya ditahan berdekatan port berkenaan.

“Bagaimanapun, tiada anggota yang mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti 10 lokasi sarang penagihan di daerah ini dan akan terus menjalankan operasi bagi memerangi gejala dadah secara habis-habisan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");