Sukan Hari Ini

Everton tunjuk kelemahan United

London – Everton berjaya mendaki ke anak tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris setelah mengaibkan Manchester United dengan kemenangan bergaya 3-0 di Goodison Park semalam.

Kemenangan pasukan dari Merseyside itu mema­damkan hasrat United untuk me­rampas tempat kedua daripada Arsenal sekali gus mengekalkan pasukan bimbingan Louis van Gaal di tangga keempat ketika aksi berbaki empat perlawanan.

Everton, yang memulakan saingan dengan ketinggalan 24 mata di belakang United, mengejutkan pasukan pelawat seawal minit kelima menerusi jaringan pemain tengahnya James McCarthy.

Ketika permainan berbaki 10 sebelum rehat, pemain pertahanan John Stones meledak gol kedua buat skuad The Toffees itu sebelum penyerang Kevin Mirallas menyempurnakan malam gemilang pasukannya dengan jaringan pada minit ke-74, sekali gus me­ranapkan harapan United untuk mencipta kebangkitan.

Kemenangan semalam me­lebarkan rekod Everton ke atas United apabila menang tiga kali berturut-turut di tempat sendiri terhadap skuad yang dibarisi oleh dua bekas pemainnya Wayne Rooney dan Marouane Fellaini.

Keputusan itu juga menyebabkan peluang United untuk menyer­tai Liga Juara-juara selaku tiga pasukan teratas menjadi goyah.

Malah, untuk layak menerusi kelayakan sebagai pasu­kan keempat terbaik juga masih belum pasti. Pengurus United, Louis van Gaal berkata, pasukannya yang telah kalah dalam lapan perlawanan liga musim ini benar-benar diperkotak-katikkan oleh Everton.

“Selalunya kami memiliki semangat juang yang tinggi, tetapi saya rasa ini perlawanan pertama ada pasukan lain yang lebih kuat semangatnya daripada kami.

“Inilah kali pertama saya me­nyaksikan sebuah pasukan yang lebih bersemangat dan lebih agresif daripada kami. Ini tidak bagus, tetapi kami juga manusia,” katanya kepada Sky Sports.

Sementara itu, pengurus Everton, Roberto Martinez berkata: “Saya rasa kami memang berhak mendapat tiga gol.

Untuk mengekalkan konsentrasi selama 90 minit dan kekal tidak dibolosi adalah sangat menakjubkan.” – agensi -http://www.utusan.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");