Sukan Hari Ini

Faizal tidak ke Eropah

PENYERANG hoki kebangsaan, Faizal Saari yang sebelum ini diselubungi misteri ‘kehilangan’ sebanyak dua kali semasa latihan skuad negara, tidak tersenarai dalam kalangan 20 pemain Malaysia ke Jelajah Eropah bermula esok hingga 12 Mei ini.

Setiausaha Agung Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Johari Abdul Aziz berkata, skuad hoki kebangsaan akan beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan di Belanda dan Belgium, sebagai persiapan akhir sebelum menghadapi saingan separuh akhir Hoki Liga Dunia di Belgium, Jun ini.

“Skuad negara akan berlepas ke Belanda malam ini (semalam) dan Faizal tidak akan ke Eropah kali ini. Beliau akan berada di Malaysia untuk menerima latihan khas bagi memastikan kecergasannya kembali normal.

“Sebelum ini, dia sudah berehat lama, jadi kita bagi peluang kepada pemain lain ke Eropah. Faizal kena pastikan kecergasannya kembali seperti sedia kala,” katanya.

Minggu lalu, akhbar melaporkan Faizal tidak menghadiri sesi latihan skuad negara dan jurulatih tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Faizal dikatakan memberi alasan tidak dapat menghadiri sesi latihan skuad negara kerana sibuk menguruskan majlis pertunangannya.

Sebelum itu, penyerang berusia 24 tahun ini menghilangkan diri daripada sesi latihan selepas berakhir Pusingan Kedua Liga Dunia di Singapura pada Januari lepas, dengan menyatakan tiada bayaran bonus selepas pasukan negara mencatat kemenangan, sebagai antara alasannya berbuat demikian. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");