Sukan Hari Ini

Fazli enggan undur diri

JUARA Pusingan Satu di Temerloh, Ahmad Fazli Sham tidak berhasrat untuk mengundur diri dari dunia perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas selagi masih belum meraih gelaran ketiga dalam Kelas Perdana CP130 menjelang saingan pusingan kedua di Batu Kawan, Pulau Pinang minggu ini.

Juara CP130 /Expert pada tahun 2007 dan 2008 dari pasukan Petronas Yamaha Maju Motor itu berhasrat untuk menyamai rekod milik Ahmad Fuad Baharudin yang meraih tiga gelaran juara selepas meraih gelaran ketiga pada 2013 sebelum bergelar pengurus pasukan bermula musim 2014.

“Kami kini berada pada tahap yang cukup kompetitif untuk memburu kemenangan, tapi saingan musim 2015 baru saja bermula. Semuanya masih di peringkat awal dan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memburu gelaran ketiga dalam kelas perdana ini.

Selagi belum tercapai, tidak terlintas di fikiran saya untuk bersara,” katanya.

Pelumba berusia 33 tahun itu memperagakan aksi cemerlang dengan meraih gelaran juara pusingan lalu di Temerloh menewaskan Mohd Zamri Baba dan Norizman Islami sekalipun sekadar bermula dari barisan kedua berikutan aksi kurang konsisten pada sesi Superpole.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");