Jenayah

FBI sahkan Zulkifli Hir terbunuh

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengesahkan pengganas yang paling dikehendaki, Zulkifli Hir terbunuh dalam satu serbuan di Filipina, Januari lalu.
FBI berkata, kematian Zulkifli disahkan melalui keputusan analisa ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap jari Zukifli yang ditemui di lokasi kejadian serbuan dan ia berpadanan dengan ahli keluarganya.
Dalam kejadian serbuan tersebut, 44 komando polis Filipina terbunuh.
Sebelum ini, Jabatan Negara Amerika Syarikat menawarkan RM18 juta sebagai ganjaran untuk menangkap Zulkifli iaitu ahli kumpulan Jemaah Islamiah di bawah rangkaian Al-Qaeda yang menjadi dalang serangan bom di Filipina.
Tiga tahun lalu kerajaan Filipina mengesahkan Zulkifli dilaporkan meninggal dunia dalam serangan udara, namun dia muncul semula tahun lepas di bawah perlindungan Barisan Pembebasan Islam Moro.
Dalam satu kenyataan, penolong pengarah di pejabat FBI Los Angeles, David Bowdich berkata, agensi itu telah mengeluarkan Zukifli dari senarai pengganas yang dikehendaki dan mengucapkan terima kasih kepada polis Filipina.
“FBI mengucapkan takziah kepada ahli keluarga komando polis yang terbunuh semasa operasi serbuan penangkapan pengganas berbahaya ini,” katanya dipetik Reuters.-sinar harian
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");