Sukan Hari Ini

Gilap si cilik

Kuantan: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) berusaha melahirkan pemain berbakat menerusi pelbagai program pembangunan akar umbi dan terbaru, badan induk itu melancarkan ‘First Touch’ yang membabitkan kanak-kanak seawal usia enam tahun.

Hingga kini, terdapat seramai 120 pemain bawah enam, 12 dan 16 tahun yang mengikuti latihan bola sepak setiap Sabtu dan Ahad yang dikendalikan jurulatih tempatan.

Penyelaras program Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, First Touch yang diadakan di daerah ini sejak tiga tahun lalu turut dilaksanakan di Raub dan Lipis dengan kerjasama persatuan bola sepak daerah dan penggiat sukan di kawasan berkenaan.

Katanya, lebih membanggakan, program itu sudah membuahkan hasil apabila beberapa pemain remaja kini ditempatkan di Sekolah Sukan Pahang (SSP) Gambang dan mewakili Pahang pada saingan peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Katanya, kini ada beberapa pemain lagi menunggu peluang untuk diserapkan beraksi pada saingan peringkat daerah seterusnya membuka peluang melangkah lebih jauh.

“Walaupun belum mencapai kejayaan seratus peratus namun secara keseluruhan saya puas hati dengan kejayaan kita melahirkan pemain remaja berkualiti di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Usaha menggilap pemain di semua peringkat usia akan terus dilakukan dengan sokongan PBNP yang sentiasa memantau perkembangan program berkenaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Jamal Nasir berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kemasukan pemain di semua peringkat usia untuk menyertai program First Touch di Kuantan, Raub dan Lipis.

Beliau berkata, sokongan keluarga yang sanggup berkorban menghantar dan mengambil anak mereka untuk menjalani latihan menjadi faktor utama keberkesanan program mencungkil dan melahirkan bakat pemain remaja di Pahang.

“Saya minta ibu bapa yang ingin melihat anak mereka berjaya dalam bola sepak supaya mendaftar di bawah program First Touch pada bila-bila masa, latihan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad di beberapa padang terpilih.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");