Jenayah

Guna ‘mummy’

Seremban: Tujuh wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing sanggup berhimpit dalam ‘lubang tikus’ yang dipercayai disediakan pemilik premis bagi mengelak ditahan pihak berkuasa ketika serbuan Ops Pelacuran, malam kelmarin.

Tempat persembunyian mereka itu bagaimanapun berjaya dikesan Pasukan Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG), Bukit Aman yang menjalankan serbuan di premis rumah urut berkenaan yang beroperasi di Taman AST, di sini.

Mereka antara 51 wanita warga asing yang ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam itu dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di empat premis hiburan dan rumah urut di Seremban dan Seremban 2.

Ketua Operasi Superintendan Fazli Syam Abd Majid berkata, semua wanita warga asing yang ditahan itu berusia antara 20 hingga 35 tahun iaitu masing-masing 39 warga Vietnam, China (lapan) dan empat warga Thailand.

“Kita mengesan rumah urut menggunakan modus operandi dengan menggunakan ‘mummy’ sebagai orang tengah untuk membantu pelanggan membuat tempahan bagi khidmat seks.

“Apabila proses pembayaran selesai, GRO terbabit akan dihantar kepada pelanggan di lokasi ditetapkan dan akan bersama mereka mengikut tempoh ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas tamat operasi.

Selain itu, pihaknya turut memeriksa 87 pelanggan dan merampas wang tunai, minuman keras, kondom dan bahan pelincir membabitkan nilai rampasan dianggarkan lebih RM30,000.

Fazli Syam berkata, pihaknya juga mengenal pasti sebuah premis hiburan yang beroperasi dan menjual minuman keras tanpa lesen.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");