Isu Panas

Hadi terus dapat sokongan ahli

KUANTAN – Pas kawasan Paya Besar sebulat sebulat suara menggandingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden dan timbalan presiden bagi pemilihan parti itu, pada Muktamar Tahunan Pas, Jun depan.

Yang Dipertua Pas kawasan tersebut, Mohd Tarmizi Yahya berkata perkara sebegitu dipersetujui oleh semua ahli pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Pas yang diadakan kelmarin.

“Kita masih menaruh kepercayaan kepada golongan ulama supaya mereka terus menerajui parti ini, disebabkan itu kami menyokong dua calon berkenaan,” katanya.

Beliau memberitahu bagi calon naib presiden, Pas kawasan itu mencalonkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Terdapat empat pencalonan bagi calon naib presiden tetapi hanya tiga individu itu sahaja yang dipersetujui sebulat suara oleh ahli sepanjang AGM berlangsung,” katanya.

Ditanya mengenai usul yang dibentangkan dalam AGM berkenaan, Mohd Tarmizi berkata AGM semalam membincangkan dua usul iaitu mengenai jenayah di kawasan di sekitar Taman Tas supaya ia dapat diatasi dan perkara tersebut akan dipanjangkan kepada pemimpin yang menerajui kawasan berkenaan.

Selain itu, isu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) turut dibahaskan dalam AGM berkenaan.

Sementara Pas kawasan Indera Mahkota turut menyokong sebulat suara untuk mengekalkan Hadi selalu pemimpin nombor satu parti itu, manakala jawatan nombor dua pula Pas kawasan itu memilih Tuan Ibrahim dengan undian 256 mengalahkan Mohamad Sabu.

Yang Dipertua Pas kawasan berkenaan, Andansura Rabu berkata Pas yakin gandingan berkenaan bagi memastikan bahtera Pas dapat dikemudi dengan baik.

Katanya, bagi jawatan naib presiden Pas kawasan itu memilih Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Nasrudin Hassan.

Andansura memberitahu sepanjang AGM berkenaan berlangsung antara usul yang dibincangkan adalah membabitkan isu dalaman parti terutamanya bagi mengerakkan seluruh ahli Pas menarik pengundi muda.

“Ini antara usul yang kita bincangkan dalam memastikan Pas terus diterima rakyat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");