Jenayah

Hadiah pemberian arwah suami lesap

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas bukan sahaja menanggung kesakitan malah lebih malang lagi apabila kehilangan satu-satunya harta bernilai peninggalan arwah suaminya akibat diragut.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa Sawiyah Abdul Kadir, 86, menerima tujuh jahitan di kepala akibat diragut di kediamannya di Kampung Pulai Gelang Patah di sini.

Menurut saksi kejadian yang juga menantu mangsa, Nor Azian Abu Bakar, 39, berkata, dia berasa curiga akan kehadiran sebuah kereta jenis Perodua Viva di hadapan rumah ibu mertuanya.

“Saya menjenguk ke halaman rumah dan ternampak emak dihampiri kenderaan itu.

“Dalam sekelip mata, emak dilihat seakan berpaut di pintu kenderaan itu yang kemudiannya ditolak lalu jatuh.

“Saya menjerit dan berlari mendapatkan emak manakala kenderaan terbabit memecut laju, saya tidak nampak jelas nombor pendaftaran kenderaan tersebut,” katanya.

Akibat kejadian itu, Sawiyah cedera di kepala kerana terjatuh dan dibawa ke klinik berhampiran.

“Saya bersyukur emak tidak diapa-apakan namun terkilan kehilangan rantai lehernya kerana itu adalah satu-satunya rantai yang dihadiahkan arwah ayah semasa hayatnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad mengesahkan menerima laporan polis berhubung kes berkenaan dan usaha memburu suspek giat dijalankan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");