Sukan Hari Ini

Jose Mourinho Tidak Hiraukan Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah

JOSE MOURINHO yang merupakan seorang jurulatih terhebat dunia tidak menghiraukan perlawanan tumpuan antara Real Madrid menentang Atletico Madrid dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, lapor Daily Mail Online.

Pengendali Chelsea itu sebaliknya kelihatan lebih berminat untuk menonton perlawanan melibatkan skuad bawah 21 tahun (B-21) antara Fulham menentang Porto.

Ketika menonton perlawanan melibatkan bekas kelab yang pernah dibimbingnya iaitu Porto, Mourinho turut ditemani anaknya, Jose Junior.

Dalam perlawanan Piala Liga Perdana Antarabangsa itu, Fulham tewas 0-3 kepada Porto hasil jaringan hatrik Leandro Silva.

Tidak sekadar menjadi penonton, Mourinho turut sempat bergurau dengan kedua-dua pasukan untuk memberi semangat kepada bakat muda.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");