Perak Hari Ini

JPJ Giat Kesan Kenderaan Klon

IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus giat mengesan kenderaan klon yang berada di seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad setakat ini sebanyak lapan pemilik kenderaan unit kenderaan klon berjaya dikesan pihaknya di Terengganu dan Lembah Klang.

PERAKTODAY3

Bermula Jun ini juga katanya pihak JPJ bakal berkerjasama dengan pihak insurans kenderaan bagi memastikan data kereta yang keseluruhan musnah sepenuhnya tidak diguna pakai bagi kenderaan klon tersebut.

Jelasnya lagi, modes operandi yang diguna pakai sindiket kereta klon ialah menggunakan data rekod kereta musnah dan taktik ini akan dikesan kelak dengan pelaksanaan sistem data JPJ dengan kerjasama syarikat insurans bagi menyekat sindiket ini.

“Pihak kami turut mengesan sebanyak 153 unit kereta klon di Terengganu dan Negeri Sembilan 14 yang menjadikan keseluruhannya 167 unit.

“Namun setakat ini hanya lapan unit kenderaan klon berkenaan telah diserahkan kepada pihak JPJ,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar orang ramai tampil menyerahkan kenderaan sekiranya telah membeli kenderaan klon atau tertipu dengan sindiket berkenaan.

PERAKTODAY1

“JPJ bersama SPRM akan terus mengesan dan memantau perkara ini dan sekiranya dikesan pemilik kereta klon berkenaan akan ditangkap,” katanya.

Jelasnya lagi kesalahan memiliki kenderaan klon diperuntukkan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita akan terus mengesan melalui sekatan jalan raya dan melalui maklumat yang diterima daripada pelbagai pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas merasmikan Sambutan Hari JPJ Malaysia 2015 peringkat negeri Perak yang ke-69 tahun di Ipoh hari ini.

Ujarnya lagi, harga kereta klon adalah terlalu murah berbanding harga pasaran dan kebanyakan kenderaan tersebut dikeluarkan di Singapura.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");