Membawang Hari Ini

Jual nama tanpa izin

Kuala Lumpur: Penyanyi dan komposer Amir Jahari terkilan apabila dirinya masih menjadi mangsa penipuan penganjur acara yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama dan gambarnya untuk promosi majlis di luar pengetahuan.

Terbaru, Amir atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari, 23, berkata, dia terkejut dengan tindakan tidak beretika satu penganjur mempromosikan acara di sebuah universiti awam yang menggunakan nama dan gambarnya baru-baru ini kerana mereka tidak pernah berurusan sebelum itu.

“Ini bukan pertama kali saya terkena. Sebelum ini, sudah banyak kali saya diperlakukan macam itu. Tapi saya malas nak bising-bising. Tapi baru-baru ini terkena lagi.

“Saya dapat tahu pun apabila pengurus saya semak mengenai acara itu di media sosial dan mendapati nama saya kononnya bakal terbabit dalam acara berkenaan, sedangkan kami tidak pernah dihubungi oleh penganjur itu,” katanya.

Sumber memberitahu penyanyi lagu ‘Aku Juga Manusia’ itu menjadi ‘mangsa’ penganjur acara sekali lagi apabila nama dan gambarnya dipergunakan untuk tujuan promosi acara tanpa menghubunginya terlebih dahulu.

Menurut pengurusnya Joe, tindakan penganjur acara itu menggunakan nama Amir kononnya bakal terbabit dalam program untuk IPTA berkenaan menyebabkan salah faham kepada satu lagi penganjur acara.

Katanya, kekeliruan itu timbul kerana Amir sudah membuat perjanjian untuk terbabit dalam acara lain pada tarikh dan waktu yang sama.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");