Berita Hari Ini

Kalau tak mahu hapus GST, turunkan kadarnya

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus perlu diturunkan kepada 2.5 peratus.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata secara peribadi beliau tidak menyokong pelaksanaan GST, namun sekiranya kerajaan mahu mengekalkan pelaksanaan cukai itu, kerajaan perlu menurunkan kadarnya.

“?Pada saya pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad itu bagus, pertama mereka (orang Islam) bayar zakat kerana kewajipan agama, mereka bayar cukai korporat dan pendapatan, kemudian kena cukai GST, jadi berganda.

“Orang miskin tidak kena cukai korporat, cukai individu tak kena cukai apa, tapi sekarang kena GST, itulah saya kata GST menzalimi orang kaya, menzalimi orang miskin ( terutama orang miskin) jadi pandangan Dr Zulkifli sangat baik.

“Kenapa kena GST jadi sampai 6 peratus? Kalau tidak boleh batal sekurang-kurangnya turunkan kadarnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran buku mengenai ‘Pelaksanaan Hudud di Malaysia: Satu Analisis’? di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai ?pandangan Dr Zulkifli yang sebelum ini mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan beberapa perkara mengenai pelaksanaan GST agar kegusaran dan kegelisahan dalam kalangan rakyat negara ini dapat diatasi.

Katanya, kadar 6 peratus GST yang diperkenalkan perlu dikurangkan mengikut kemampuan rakyat pada masa kini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, beliau berpandangan sistem cukai ini perlu disempitkan bukan diperluaskan.

“Kita sudah ada cukai langsung, menerusi cukai korporat cukai individu, dan kita ada cukai tak langsung, cukai eksais, serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang lama.

“Kerajaan nak buat GST, ganti SST. GST kena pada semua orang, ?bagi saya tak perlu tambah cukai baru, cukup cukai yang sudah ada, sebab pendapatan negara sudah cukup untuk menampung perbelanjaan negara,” jelasnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");