Membawang Hari Ini

Kelainan menghiburkan

Persembahan muzik jazz, World Youth Jazz Festival 2015 (WYJF) kembali untuk penganjuran tahun ketiga dengan menampilkan kelainan yang lebih menghiburkan.

Buat kali pertama, acara itu akan berlangsung di pentas terbuka yang berlokasi di Jalan Mesui, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Mei ini.

Lebih menarik, pengunjung juga boleh menikmati persembahan jazz di kelab eksklusif di lorong berkenaan sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Pengasas WYJF, Datuk Nik A Azmi berkata, acara bertemakan Happy-Happy menampilkan 24 kumpulan terdiri daripada 100 pemuzik dan penyanyi berbakat tanah air serta luar negara.

“Sebelum ini, festival jazz ini diadakan di Putrajaya, namun ramai peminat memberitahu lokasi itu terlalu jauh. Jalan Mesui dipilih kerana lokasi ini ramai pengunjung selain kawasan tumpuan pelancong,” katanya.

Menurutnya, WYJF menampilkan keunikan kerana mencampurkan genre lain dalam muzik dipersembahkan seperti rock, pop dan World Muzik.

“Pemuzik yang terbabit dalam festival ini terdiri daripada golongan muda dan sesuai dengan belia. Pada masa sama, pe­ngunjung boleh ‘hop’ ke kelab lain untuk menyaksikan persembahan pemuzik,” katanya.

Nik berkata, WYJF berharap, festival itu akan diiktiraf kerajaan sebagai acara rasmi tahunan.

Ditubuhkan pada 2012, acara itu dimeriahkan lagi dengan persembahan penyanyi popular Najwa Mahiaddin serta Syech Razie.

Ia diserikan lagi dengan kehadiran penyanyi dan pemuzik hebat dari Indonesia, Rino Deza Pati, Jilly Likumahuwa dan Ticco Laksana.

Pada acara itu, pengunjung juga boleh menderma wang kepada mangsa gempa bumi Nepal.

Festival WYJF menyediakan landasan bagi pemuzik muda untuk menunjukkan bakat mereka mendapat kerjasama de­ngan Kementerian Belia dan Sukan serta Komuniti Jaz Malaysia (JAZZCOMM).

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");