Berita Hari Ini

Keprihatinan dan waspada bendung kejadian gangguan seksual kanak-kanak

PUTRAJAYA: Keprihatinan dan sikap lebih berwaspada oleh ibu bapa dan keluarga haruslah dititikberatkan dalam menangani kejadian gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, dalam kenyataan hari ini menyarankan agar ibu bapa, penjaga dan masyarakat supaya lebih memberi keutamaan kepada penjagaan kanak-kanak agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Beliau berkata demikian berhubung kes warga emas ditahan atas kesalahan gangguan seksual terhadap 11 kanak-kanak baru-baru ini. “Saya terkilan dengan keadaan yang berlaku sekarang apabila orang dewasa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kanak-kanak tidak berbuat demikian malahan menjadi perosak kepada kanak-kanak tersebut,” katanya.

Beliau berkata, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pegawai Pelindung di daerah akan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada kanak-kanak tersebut serta ahli keluarga yang lain seperti perkhidmatan kaunseling untuk mengatasi trauma akibat kejadian yang menimpa dan lain-lain perkhidmatan sekiranya bersesuaian. – BERNAMA

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");