Panasnya Hari Ini

Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat1Malaysia dan Tingkat Taraf Hidup Rakyat Intipati Laporan GTP, ETP 2014

KUALA LUMPUR: Kejayaan pelaksanaan pelbagai program bagi menangani kos sara hidup rakyat antara yang menjadi intipati dalam laporan bagi tahun 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Menurut beliau, melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sejumlah 307 buah Klinik 1Malaysia di seluruh negara telah ditubuhkan sejak 2010 yang meliputi kawasan bandar dan luar bandar.

“Setakat ini, saya rasa berpuas hati dan lega melaporkan bahawa, khidmat kesihatan yang ditawarkan kepada rakyat ini, telah mendapat sambutan yang luar biasa.

“Ia telah membawa manfaat kepada lebih 15.8 juta kes pendaftaran rawatan, dengan hanya bayaran RM1 sahaja,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya perkhidmatan itersebut, ribuan pesakit terutamanya di kalangan masyarakat bandar kini tidak perlu risau akan masalah kekangan masa dan kewangan untuk mendapatkan rawatan perubatan asas.

“Sebagai contoh, saudara Karupaya A/L Muthukanoo, dari Pandamaran Klang, mengatakan bahawa penubuhan Klinik 1Malaysia menjadi satu rahmat dan kemudahan yang dapat dirasakan secara langsung kepada beliau sebagai seorang rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu, tambahnya lagi melalui NKRA juga, sebanyak 161 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah diwujudkan di seluruh negara sejak tahun 2010,  .

“Melalui Kedai Rakyat 1Malaysia ini, sebanyak 272 jenis barangan Produk 1Malaysia yang dijual pada harga 15 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran,” katanya lagi.

sebanyak lebih 5 juta rakyat lagi di kawasan luar bandar telah mendapat manfaat berhubung kemudahan yang disediakan seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik, sejak tahun 2010.

Sementara itu, beliau menyatakan pada perspektif prasarana yang lain, program pembangunan luar bandar juga telah membantu lebih 330,000 isi rumah untuk menikmati kemudahan bekalan air bersih yang disediakan.

“NKRA juga mengambil langkah untuk mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah dan setakat ini hampir 170,000 orang daripada golongan miskin dapat hidup dengan lebih selesa dengan pelaksanaan program Akhiri Zaman Kemiskinan (1AZAM),” jelas beliau.

Tambahnya, 1AZAM bertujuan memberi penekanan kepada pembangunan keupayaan diri dan kemahiran kewangan.

“Kita turut berbangga dengan pencapaian program 1AZAM di mana, hampir 65,000 keluarga dari golongan sasar telah dibantu untuk pembangunan kapasiti dan kemahiran,” katanya.

Najib juga telah mengambil satu contoh dengan kejayaan seorang perserta 1AZAM, Cik Clarissa Balicao dari Sabah apabila beliau berjaya merubah nasib hidup beliau dan keluarganya, apabila mendaftarkan diri dalam program 1AZAM dan menyertai pelbagai latihan yang ditawarkan.

“Kini, Cik Clarissa sudah pun memiliki salon sendiri di Kota Marudu Sabah dan mampu menjana pendapatan lebih RM6,000 sebulan,” ujar beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");