Perak Hari Ini

Lebih 171 Kakitangan MBI Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

IPOH: Bekas  mantan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim antara yang mendahului senarai penerima anugerah persaraan jasamu dikenang atas sumbangan dan jasa yang dicurahkan selama ini kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Seramai 171 penerima bagi anugerah perkhidmatan cemerlang 2014 dan 83 penerima anugerah persaraan turut diraikan dalam Majlis Makan Malam sempena Anugerah perkhidmatan cemerlang dan Jasamu dikenang (MBI) 2014 kali ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan kerajaan Tempatan Datuk Saarani Mohamad.

Turut hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Harun Rawi dan Setiausaha Bandaraya Mohd Zakuan Zakaria.

Menurut Datuk Bandar Ipoh Datuk Harun Rawi, majlis ini dianjurkan sebagai tanda pengiktirafan kepada warga MBI yang cemerlang disamping penghargaan kepada pesara telah menyumbangkan jasa kepada Majlis.

“Meskipun ianya tidak seberapa, saya harap ia menjadi simbolik terhadap penghargaan Majlis kepada kecemerlangan yang telah ditunjukkan semua,” beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucap utama di majlis berkenaan.

Tambahnya lagi, seorang pekerja yang cemerlang perlu mempunyai sikap yang positif dalam kerja dan ia bukan sekadar menjalankan tugas dengan baik malah lebih daripada itu.

PERAKTODAY7-2

Para penerima Anugerah Khidmat Cemerlang kali ini  membawa pulang jam tangan, sijil dan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM1,000.

Manakala penerima anugerah persaraan pula menerima sebentuk jam tangan dan sijil penghargaan.

Kriteria penilaian dan pemberian markah adalah berpandukan prestasi 85 peratus ke atas bagi 3 tahun berturut-turut, bebas dari tatatertib dan kursus 7 hari dalam setahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");