Berita Hari Ini

Mahu Isa Samad disingkir serta-merta

MUADZAM SHAH – Himpunan Perdana Selamatkan Felda 2.0 yang melibatkan bukan sahaja peneroka di Pahang tetapi juga negeri lain, akan menyenaraikan lima resolusi untuk dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Resolusi yang ditandatangani Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman itu juga akan diserahkan sebagai memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Resolusi itu bukan sahaja mahu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad disingkirkan serta-merta dari Felda, tetapi menuntut supaya kembalikan 360,000 hektar tanah Felda Plantation kepada Felda dengan menghentikan FGV kerana tanah-tanah itu sekarang dipajakkan kepada FGV,” kata Mazlan kepada Sinar Harian.

Tiga lagi resolusi yang diputuskan adalah batalkan perjanjian tanam semula dan pengurusan kebun yang diganti dengan perjanjian baharu lebih adil kepada peneroka, perbanyakkan perumahan generasi kedua dengan harga mampu milik dan kembalikan fungsi serta kegemilangan Koperasi Permodalan Felda.

Himpunan selama dua hari di Felda Keratong 4 itu diisi dengan sesi pembentangan kertas kerja isu-isu Felda oleh bekas Pegawai Kanan Felda, Muhammad Said Jonid; Penasihat Anak, Dr Rosli Yaakop dan pakar ekonomi serta peguam, R Sivarasa.

Sesi dialog bersama panel pembentang kertas kerja juga menyaksikan ramai peneroka yang bangkit melontarkan persoalan dan keluhan mereka yang berkisar mengenai permasalahan geran, FGV, nasib generasi kedua dan isu perumahan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");