Berita Hari Ini

Malaysia Akan Hantar Bantuan SMART Dan Perubatan Ke Nepal – Najib

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pegawai perubatan bagi membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi yang melanda Nepal pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pasukan SMART terdiri daripada 30 anggota dan 20 doktor perubatan daripada MERCY Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia akan dihantar dalam masa sesingkat mungkin.

Kesemua anggota pasukan berkenaan akan dilengkapkan dengan peralatan dan bekalan perubatan dan mereka akan menaiki pesawat Charlie 130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), katanya dalam kiriman terbaru dalam blognya, NajibRazak.com., pada Ahad.

Beliau berkata pesawat TUDM itu kemudian akan menunggu di negara itu bagi membawa pulang semua rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah bencana itu.

Najib berkata kerajaan Malaysia sedar usaha mencari dan menyelamat sedang berjalan di Nepal ekoran kejadian gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal dan bahagian utara India.

“Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada semua yang kehilangan keluarga dan rakan mereka dalam kejadian gempa bumi itu.

Malaysia akan terus menyediakan semua bantuan yang mungkin ke Nepal dalam menangani bencana ini,”katanya.

Setakat ini, tragedi gempa bumi paling teruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu telah mengorbankan 2,150 orang termasuk 17 pendaki Gunung Everest.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");