Panasnya Hari Ini

Malaysia Capai 6 Peratus KDNK Atasi Anggaran Terdahulu

KUALA LUMPUR: Malaysia telah terbukti berjaya mencapai pertumbuhan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak enam peratus sekaligus mengatasi anggaran 5.7 peratus oleh Bank Dunia pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, berkata demikian ketika membentangkan Laporan bagi Tahun 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), sebentar tadi, di sini.

Najib turut berkata, Malaysia merupakan antara negara yang paling tinggi mencapai KDNK dalam kalangan negara ASEAN meskipun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi.

“Pelaburan swasta pula mencakup 64 peratus daripada jumlah pelaburan keseluruhannya pada tahun 2014.

“Justeru menjadikan sektor swasta menjadi pemacu utama keseluruhan pelaburan dalam negara,”katanya.

Menurutnya lagi, perkara itu dapat dibuktikan melalui kadar pertumbuhan terkompaun (CAGR).

“CAGR untuk pelaburan swasta telah meningkat dua perpuluhan lima kali ganda antara tahun 2011 hingga 2014,”katanya.

Najib turut berkata, ETP merupakan program ekonomi yang disukat dan diukur berdasarkan tiga pencapaian menyeluruh jangka panjang hingga menjelang tahun 2020.

“Pertamanya, mencapai pendapatan per kapita rakyat sebanyak US$ 15,000.

“Kedua, mewujudkan sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan baru.

“Dan yang ketiga, memperolehi US$ 444 billion nilai pelaburan nenjelang tahun 2020,”katanya.

Tegas Najib lagi, Malaysia kini berada di jajaran yang betul seperti yang dihasratkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");