Sukan Hari Ini

‘Man City kurang semangat berjuang’

PENGENDALI Manchester City, Manuel Pellegrini menilai penampilan pemainnya ketika menjamu Aston Villa semalam, sebagai kurang memuaskan.

Bagaimanapun jurulatih berasal dari Chile itu tetap gembira The Citizens kembali bangkit sebelum meraih kemenangan 3-2.

Dalam aksi di Etihad, City yang unggul dua gol awal dikejutkan kebangkitan Villa menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, tiga mata tetap memihak kepada City selepas Fernandinho meledakkan gol kemenangan, seminit sebelum masa sebenar berakhir.

“Hari ini (semalam), kami bermain tidak begitu baik. Saya tidak gembira dengan cara kami bermain.

“Kami hanya menunjukkan semangat untuk menang selepas Villa menyamakan kedudukan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");