Jenayah

Mayat lelaki Myanmar ditemui terikat

Sitiawan: Seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an dijumpai mati dipercayai dibunuh dengan kesan kecederaan di kepala dan badan, di sebuah kebun sayur, di sini hari ini.

Dalam penemuan kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa yang dipercayai pekerja kebun sayur di Kampung Gugusan Felcra Lekir di sini, dijumpai oleh majikannya.

Menurut sumber, mangsa yang baru tiga minggu berkerja di kebun sayur berkenaan dipercayai bergaduh dengan rakan serumah sebelum disyaki dicederakan dengan menggunakan senjata tumpul.

“Warga asing terbabit dipercayai bergaduh dengan rakannya kira-jam 10 malam tadi dan majikan mangsa menjumpai mayat mangsa dengan keadaan tangan dan kaki berikat kira-kira 7.30 pagi.

“Mayat di jumpai di parit berhampiran kebun terbabit dalam keadaan tertiarap,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");