Perak Hari Ini

(MB Inc) Lancar Pelan Induk Perlombongan Perak

IPOH: Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) kini giat merancang satu konsep pembangunan bersepadu bagi penubuhan lembah bijih timah atau turut dikenali sebagai ‘Tin Valley’.

Menurut ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminuddin Hashim ianya akan menerapkan pembangunan yang sistematik melalui pendekatan pelan Induk Perlombongan Perak atau Perak Mining Blueprint yang dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, hari ini.

Beliau berkata, pelan induk berkenaan merupakan cetusan idea Menteri Besar dengan kerjasama teknikal MB Inc, Camborne School of Mines dan ITRI Limited sejak Disember 2013.

PERAKTODAY1

“Perak mendahului penyumbang kepada bahan metalik sebanyak 12 jenis dan lapan bahan bukan metalik iaitu keseluruhannya sebanyak 21 bahan mineral.

“Ini menjadikan negeri ini merupakan penyumbang utama lebih 17 bahan mineral tersebut dalam negara ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis berkenaan di Casuarina @ Meru, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, Perak juga merupakan negeri utama dalam menjadi penyumbang kepada bahan mineral yang penting dan pelan induk tersebut berupaya menjadi garis panduan yang mampu diguna pakai.

“Kebanyakan produk mineral daripada negeri ini adalah penting kepada perkembangan pembangunan infrastruktur, pembuatan, pelancongan dan pertanian,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, pelaksanaan pelan induk berkenaan juga menitikberatkan kepada kajian mengenai bahan mineral dan setakat ini sebanyak lapan bahan mineral telah berjaya dikenalpasti untuk diberi perhatian.

“Konsep kali ini adalah pembangunan dan perancangan lembah bijih timah yang mempunyai pelbagai komponen serta lokasi yang telah dikenal pasti iaitu di Pengkalan Hulu,” katanya lagi.

PERAKTODAY3

“Kemungkinan pembinaan fizikal lembah bijih bakal menjadi pusat penyelidikan dan kajian untuk pembangunan dengan pelbagai kemudahan lengkap merangkumi sektor industri dan pemprosesan,” katanya lanjut.

Kata beliau lagi, pembangunan lembah bijih Timah di Pengkalan hulu masih berada diperingkat pelaksanaan konsep.

Tambahnya pelan ini juga turut memerlukan satu gambaran maya lembah berkenaan untuk diwujudkan.

“Industri mineral mempunyai pelbagai komponen yang membawa kepada fasa perlombongan dan menjadikan para pelombong menggunakan cara melombong yang lebih bertanggungjawab,” katanya lagi.

Jelasnya, tindakan demikian perlu dilakukan supaya ianya mampu memajukan industri perlombongan dengan lebih teratur dan dilaksanakan secara berterusan.

PERAKTODAY2

Lokasi bekas tapak lombong juga katanya boleh dibangunkan semula bagi industri lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");