Perak Hari Ini

MBI Ambil Langkah Proaktif Atasi Masalah Pokok Tumbang, Banjir Kilat

IPOH: Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Harun Rawi berkata, pihaknya akan memastikan agar beberapa isu seperti masalah pokok tumbang serta banjir kilat yang sering berlaku ketika hujan lebat dapat diatasi dengan segera.

“Pihak Majlis sendiri awal-awal lagi sudah mengambil tindakan selain melihat semula apa yang dicadangkan dalam Mesyuarat Penuh Majlis.

“Bagi pokok-pokok yang tumbang yang selalu berlaku pada masa ini, Jabatan Landskap telah pun mengenalpasti laluan-laluan yang terlibat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis bagi bulan April 2015 di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pemotongan pokok yang dijangkakan akan tumbang apabila musim hujan lebat juga telah dilakukan oleh pihaknya.

“Kerja-kerja mencantas pokok juga telah kita laksanakan di kawasan-kawasan yang kita jangkakan berlaku pokok tumbang, tetapi sebaliknya ia berlaku di tempat yang luar jangkaan,” jelas beliau lagi.

Tambahnya, pihak MBI telah mengarahkan beberapa jabatan untuk memandang serius berkaitan isu tersebut.

“Walau bagaimanapun, tindakan segera kita ambil dengan bantuan unit landskap dan juga unit khas untuk membantu menyelesaikan halangan-halangan laluan apabila berlakunya pokok tumbang.

“Kita sedar musim sekarang berlaku sahaja hujan di sebelah petang, angin begitu kuat yang sebelum ini kita pun tidak pasti berkemungkinan kerana pembangunan pesat berlaku,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, beliau berkata, bagi isu banjir kilat ketika hujan lebat berlaku juga berkemungkinan disebabkan oleh masalah sistem saliran.

“Sungai-sungai itu adalah dibawah bidang tugas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), namun apabila ada masalah berlaku, orang akan menyalahkan kita sebagai Bandaraya,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan menjalankan tanggungjawab tersebut untuk memastikan ianya mampu diselesaikan.

“Kita akan ambil tanggungjawab itu dan kita selaraskan dengan Jabatan Teknikal untuk memastikan perkara-perkara yang berlaku dapat diselesaikan untuk kepentingan orang ramai,” tegas beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");