Perak Hari Ini

MBI Rai Pengamal Media Perak

IPOH: Lebih 200 orang pengamal media pelbagai agensi media Perak diraikan dalam satu majlis makan malam anjuran Majlis Bandaraya Ipoh MBI 27 April yang lalu.

Majlis yang berlangsung di Hotel Impiana di sini turut dihadiri oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Harun Rawi.

Turut hadir sama, setiausaha Bandaraya Mohd Zakuan Zakaria.

Majlis diceriakan lagi dengan pelbagai persembahan nyanyian dan sesi beramah mesra bersama Datuk Bandar.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan menarik daripada artis jemputan Fida.

Tidak ketinggalan sesi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik khusus buat pengamal media Perak.

Majlis tersebut secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan di antara pengamal media Perak dengan MBI.

Malam media tersebut merupakan antara acara tahunan yang dianjurkan pihak MBI bagi menghargai sumbangan para pengamal media Perak selama ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");