Perak Hari Ini

MBN Serah Memorandum Kepada Speaker, Kesal Tindakan Pembangkang

IPOH: Majlis Belia Negeri (MBN) Perak menyatakan kekesalan berhubung isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti pembangkang yang tidak menghormati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah ketika merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kelmarin.

Sehubungan itu, satu memorandum telah diserahkan kepada Speaker DUN Negeri, Datuk Seri SK Devamany di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurut Presidennya, Hasnul Fairuz Hushin Amri, tindakan yang dilakukan oleh parti pembangkang berkenaan merupakan satu tindakan biadap terhadap pemerintah nombor satu Perak.

“Dengan berpakaian serba hitam dan sesetengah daripada mereka tidak memakai songkok menunjukkan sikap kebiadapan mereka sedangkan Sultan Perak memakai pakaian regalia penuh.

“Apatah lagi ini adalah kali pertama Sultan Nazrin Shah merasmikan sidang DUN sebagai sultan dan pemerintah negeri Perak sejak baginda dimasyurkan,” katanya.

PERAK TODAY 3 (1)

Beliau berkata, keengganan ADUN berkenaan mengenakan pakaian yang sesuai merupakan satu penentangan secara terbuka kepada Sultan Perak.

“Ia sekaligus mencemarkan imej rakyat Perak yang patuh dan taat kepada institusi Raja-Raja Melayu.” katanya lagi.

Ujarnya, institusi beraja tidak sepatutnya dilibatkan dalam perbalahan politik yang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Alasan mereka yang menyatakan berpakaian serba hitam lambang solidariti mempunyai unsur politik.

“Apabila mereka memilih tarikh perasmian sebagai tarikh mereka berkabung, ia secara tidak langsung membabitkan Sultan Perak ke kancah politik,” jelasnya.

Beliau menggesa agar pihak Speaker dan Kerajaan Negeri mengambil tindakan tegas terhadap semua yang terlibat agar perkara seperti itu tidak berulang lagi.

Sementara itu, Devamany berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk membawa perkara tersebut mengikut lunas peraturan dan undang-undang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");