Jenayah

Mengaku curi barang kosmetik

Melaka: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam apabila mengaku bersalah mencuri pelbagai produk penjagaan diri di sebuah premis kosmetik, di sini, awal bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Iskandar Abdullah, 35, dari Kota Tinggi, Johor, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri pelbagai produk penjagaan diri berharga kira-kira RM100 di sebuah premis kosmetik di Plaza Hang Tuah pada jam 7.20 malam, 2 April lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, tertuduh ditahan oleh seorang pengawal keselamatan ketika berada dalam kedai kosmetik berkenaan, bagaimanapun ketika ditahan, tertuduh mendakwa dia diarahkan mengemas kedai berkenaan oleh pemilik kedai terbabit.

Apabila dipanggil, pemilik kedai terbabit memberitahu tidak mengenali tertuduh, membuatkan tertuduh cuba melarikan diri tetapi gagal apabila berjaya ditangkap semula dan hasil pemeriksaan beg miliknya, menjumpai beberapa barang yang diambil dari kedai itu.

Antara barang yang ditemui dalam beg tertuduh adalah dua botol minyak wangi jenama Silky Girl, sebotol minyak wangi jenama Garden Angel Pucelle, sebotol minyak wangi jenama Fantasy Love Pucelle, dua cologne Gatsby dan satu penyembur deodorent Axe Twist.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadapnya memandangkan dia tidak lagi bekerja, selain perlu menjaga ibu yang sudah tua berumur 63 tahun.

“Saya benar-benar insaf dan mahu menjaga ibu saya di kampung, saya perlu bekerja untuk menjaganya,” katanya. Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Saliman Md Salleh, yang mewakili pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan memandangkan tertuduh mempunyai dua rekod kesalahan sama pada 2009.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Mohd Firdaus kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 2 April lalu. – www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");