Berita Hari Ini

MH370: Operasi Pencarian Diperluas Jika Pesawat Tidak Dijumpai

KUALA LUMPUR: Usaha mengesan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tidak akan ditamatkan pada Mei ini dengan pihak berkuasa dipercayai bersetuju untuk memperluaskan kawasan pencarian.

Mesyuarat Tiga Pihak antara Malaysia, Australia dan China yang berlangsung pada Khamis dikatakan bersetuju untuk memperluaskan kawasan pencarian sebanyak 60,000 kilometer persegi, kemungkinan dalam kawasan utara, lokasi pesawat Boeing 777 itu dipercayai terbang berdasarkan data satelit.

“Sekiranya pesawat tidak dijumpai dalam kawasan pencarian sedia ada, kementerian bersetuju untuk melanjutkan operasi pencarian dengan tambahan 60,000km persegi untuk melengkapkan kawasan pencarian 120,000km persegi yang dikenalpasti oleh pakar,” kata sumber kepada The Star.

Satu sidang media akan diadakan pada pukul 3 petang Khamis oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk mengumumkan perkembangan terkini berhubung operasi pencarian itu.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");