Isu Panas

Mohd Amar Intai Jawatan No.2 Dalam PAS

KOTA BARU: Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata beliau hanya akan bertanding jawatan No.2 dalam parti sekiranya mendapat sokongan penuh daripada PAS bahagian di seluruh negeri.

“Saya tidak mendapat pencalonan untuk jawatan itu, jadi saya tidak boleh beritahu anda sama ada saya mungkin bertanding untuk jawatan tersebut atau tidak.

“Namun, ia masa yang panjang sebelum pemilihan parti pada Jun ini… segalanya boleh berlaku,” katanya kepada pemberita pada forum hudud, malam Rabu.

Ketika ditanya mengenai Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Mohd Amar berkata beliau mengalu-alukan kesediaan parti itu untuk mendaftar sebagai sebuah parti politik.

“Apabila mereka menjadi sebuah parti politik, mereka seharusnya keluar dari PAS kerana mereka adalah sekumpulan individu yang telah ditolak.

“Ahli PasMa adalah seperti anai-anai di dalam parti, yang boleh merosakkan PAS tanpa kita sedari,” katanya.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi pada Rabu berkata, badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada ahli PAS kini bakal menjadi sebuah parti politik selepas mendapat sokongan daripada ahli-ahlinya untuk berbuat demikian.

Phahrolrazi berkata PasMa akan melakukan kajian untuk mengetahui sama ada ia perlu didaftarkan sebagai sebuah parti selepas mengambil kira situasi yang melanda Pakatan Rakyat yang disifatkan sebagai tidak stabil.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");