Sukan Hari Ini

Mudah bagi mata punca tewas

PEMAIN nombor dua kebangsaan, Chong Wei Feng akui bermain buruk hingga menyebabkan dirinya tersingkir awal setakat pusingan pertama Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Singapura, tahun ini.

Kelmarin, dia dikecewakan Dionysius Hayom Rumbaka dari Indonesia, 21-12, 21-13 dalam masa 35 minit.

“Saya terlalu memberikan mata mudah kepada lawan. Banyak perlu saya lakukan selepas baru pulih kecederaan.

“Masalahnya, saya tidak tahu bila akan kembali semula kepada prestasi asal. Ini kali pertama saya alami kecederaan teruk dan dipinggirkan sekian lama.

“Apa pun, saya tidak akan mudah mengaku kalah dan tekad meningkatkan mutu permainan selepas ini,” katanya menghuni ranking nombor 44 dunia.

Selain Wei Feng turut terkandas adalah Mohd Arif Latif yang tumpas kepada Simon Santoso.

Secara keseluruhan, kem negara dianggap gagal edisi kali ini kerana tiada langsung pemain mara ke pusingan kedua termasuk pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Chooi Kah Ming-Ow Yao Han serta pemain perseorangan wanita, Tee Jing Yi dan gandingan beregu wanita, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");