Membawang Hari Ini

Niat untuk berbulan madu tapi hasilkan album – Judika

KUALA LUMPUR: Niat asal kunjungannya ke Sweden adalah untuk berbulan madu namun Judika, penyanyi dari Indonesia tidak menyangka lawatannya itu sebaliknya berjaya menghasilkan album di negara asing itu.

Menurut Judika, dia memilih komposer antarabangsa kerana tertarik dengan kreativiti serta kelainan yang diberikan oleh mereka selain mengambil risiko keluar dari zon selesa untuk tampil dengan album terbaharunya itu.

“Tidak dinafikan peminat kaget (terkejut) dengan rentak baru yang ditonjolkan dalam album terbaharu ini namun mereka menyukainya dan tetap menyokong kerjaya seni saya.

“Lagu-lagu yang dihasilkan masih menggunakan bahasa Indonesia, cuma rentaknya saja yang berbeza. Memandangkan ini merupakan album keempat saya jadi tidak salah untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza.

“Tujuan asal saya ke Sweden sebenarnya untuk berbulan madu, tapi tak sangka menghasilkan satu album baharu. Setelah merakamkan satu lagu, saya tertarik untuk terus menghasilkan satu album pula kerana tertarik dengan hasilnya,” kata Judika ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Bersama Media di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sementara itu, Judika turut melahirkan rasa terujanya memegang status sebagai seorang bapa.

Beliau berkongsi terlepas kapal terbang sebanyak tiga kali gara-gara terleka melayan karenah anak perempuannya.

“Saya terleka kerana terlalu asyik mendukung anak saya sehingga tertinggal kapal terbang. Bukan sekali tetapi banyak kali juga yang antaranya saya hendak ke Surabaya dan Medan.

“Bayi perempuan bernama Cleo Deomora itu baru berusia lima bulan dan saya tidak mampu untuk berenggang dengannya. Kami memberi nama singkatan K kepadanya dan akan ‘skype’ sekiranya terpaksa berjauhan dengannya.

“Memang K masih kecil namun dia akan tersenyum jika saya menyanyikan lagu All Of Me yang dipopularkan oleh John Legend. Mungkin kerana ketika isteri saya sedang mengandungkannya saya sering menyanyikan lagu itu,” kata Judika.

Judika dan isterinya, Duma Riris Silalahi berkahwin pada 31 Ogos tahun lalu.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");