Jenayah

Padah jual barang jenama tiruan

KUALA SELANGOR – Peniaga pakaian sukan dikenakan tindakan selepas didapati bersalah menjual pelbagai jenis pakaian dan aksesori jenama tiruan di premis kedai di Sungai Buloh, Jeram.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Kuala Selangor, K Ramesh berkata, sebanyak 329 barangan dirampas dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5,000.

Menurutnya, dalam operasi barang tiruan jenama Adidas dan Chelsea yang disertai enam pegawai KPDNKK di sebuah premis kedai pakaian itu, turut disertai wakil jualan pakaian terbabit.

Katanya, operasi itu dibuat selepas menerima aduan daripada wakil cap dagang jenama Adidas dan Chelsea yang mendakwa terdapat jualan jersi tiruan di kawasan terbabit.

“Operasi bermula jam 11 pagi itu mendapati pemilik tiada dan hanya ada pekerja kedai sahaja. Manakala hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit terbukti menjual barangan pakaian tiruan.

“Premis terbabit mendedahkan pakaian di rak jualan untuk menawarkan pakaian jersi, sut pakaian sukan, beg dan bola yang menggunakan satu perihal dagangan palsu jenama Adidas dan Chelsea,” katanya.

Ramesh menegaskan, barangan terbabit dirampas untuk siasatan kerana peniaga melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, peniaga boleh dihukum tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan atau dipenjara tidak melebihi dari tempoh tiga tahun.

“Sekiranya kesalahan dilakukan sesuatu pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan,” katanya kepada Sinar Harian.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");