Jenayah

Padah pandu melulu rempuh polis

KOTA BHARU – Seorang pemuda berusia 29 tahun dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 di mahkamah sesyen, di sini, semalam, kerana memandu melulu hingga merempuh polis.

Azriadi Kamarul Razlan didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Badak Mati, Binjai, di sini, pada jam 10.30 malam, 26 Mac lalu. Kegagalan menjelaskan denda akan menyebabkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan dalam tempoh enam bulan.

Tertuduh yang memandu kereta jenis Proton Wira pada asalnya didakwa cuba menyebabkan kematian kepada anggota terbabit, Muhammad Johan Arifin, dengan melanggar kereta dinaiki mangsa pada masa, tarikh dan lokasi berkenaan.

Tertuduh bagaimanapun ditawarkan tuduhan pilihan dan mengaku salah memandu hingga menyebabkan bahaya kepada orang lain. Dalam perkembangan sama, dia juga dihukum penjara lima tahun kerana memiliki parang yang dijumpai di dalam kereta tersebut.

Pada prosiding itu, tertuduh memohon mahkamah menempatkannya di Penjara Bentong, Pahang, bagi memudahkan keluarga menziarahinya kelak. Tertuduh mempunyai dua isteri dan empat anak.

Tertuduh ditahan dalam Ops Bersepadu oleh anggota dari Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. Mangsa bersama dua anggota lain dalam operasi itu menaiki sebuah kereta melalui Jalan Lebuh Raya Kota Bharu – Salor dan ternampak kereta dipandu tertuduh dalam keadaan mencurigakan.

Mangsa yang juga pengadu mengarahkan tertuduh berhenti, namun tertuduh membuat pusingan U dan melarikan diri, Pengadu mengejar kereta tertuduh hingga ke Jalan Kuala Krai dan melihat tertuduh mencelah serta bergesel dengan beberapa kenderaan awam.

Kereta pengadu dihimpit hingga terbabas, lalu dua das tembakan dilepaskan ke arah tayar depan dan belakang. Tertuduh memberhentikan kereta itu secara mengejut hingga mereka berlanggar.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");