Jenayah

Padah pukul remaja

KUANTAN – Seorang pengimpal dikenakan hukuman penjara satu hari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan, dekat sini, semalam selepas mengaku bersalah memukul seorang remaja.

Tertuduh, Ahmad Fauzullah Ruhaim, 29, dari Perkampungan Permatang Badak, didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan seorang remaja berusia 15 tahun di kawasan Permatang Badak, lebih kurang jam 4 pagi, 2 April lepas.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada 2 April lepas ketika pengadu sedang berjalan seorang diri di sekitar kawasan Perkampungan Permatang Badak, dia telah didatangi tertuduh dengan menaiki basikal dan memarahinya lalu memukul kepala menggunakan tangan sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian kepala.

Hasil siasatan yang dijalankan, pada 17 April lepas tertuduh ditahan anggota polis dan mengaku melakukan kesalahan tersebut.

Ketika prosiding berjalan, menurut Timbalan Pendakwa Raya, Hartini Abdullah punca pergaduhan tersebut disebabkan tindakan salah faham antara tertuduh dengan abang mangsa namun disebabkan mangsa telah membuat provokasi ke atasnya, tertuduh telah bertindak di luar kawalan dengan memukulnya.

Namun begitu, tertuduh merayu untuk kurangkan hukuman memandangkan dia hanya bekerja sebagai pengimpal besi dan berpendapatan sekitar RM800 sebulan serta perlu menanggung kedua-dua ibu banya yang sudah tua.

Bagaimanapun Majistret Noor Zaihan Mohammad Ali, sempat menasihatinya agar tidak terlalu mengikut emosi memandangkan tertuduh sudah matang dan mangsa masih di peringkat bawah umur serta sekiranya terdapat sebarang perselisihan faham, dia perlu merujuk kepada abang mangsa sahaja.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");