Berita Hari Ini

Pak Lah: Banyak pihak tak senang hati sekarang

KUALA LUMPUR – Banyak kerosakan dan keruntuhan boleh berlaku dalam masyarakat jika masalah dalam negara tidak diselesaikan segera, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah turut menegaskan banyak masalah yang timbul ini tidak menyenangkan banyak pihak apatah lagi jika ia terus diabaikan.

“Apa yang berlaku dalam negara ini tidak menyenangkan hati, menyebabkan berlakunya pelbagai kejadian yang jika dibiar dan tidak diberi perhatian akan membawa pelbagai bentuk kerosakan.

“Tak payah tengok negara lain, apa yang berlaku membawa bermacam keruntuhan dan jika tidak diperbetul atau diperbaiki kelak akan menyusahkan kita semula termasuk isu kemiskinan,” katanya pada Seminar Biodiversiti dan Konservasi bertajuk Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini, hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");