Sukan Hari Ini

Pasangan terjun negara tempat ke 4

PASANGAN terjun negara, Ng Yan Wee dan Nur Dhabitah Sabri terlepas pingat gangsa dan terpaksa menduduki tempat keempat pada hari pertama Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2015 di Kazan, Rusia.

Dalam acara 3m papan anjal wanita, gandingan negara itu ketinggalan 1.47 mata kepada pemenang pingat gangsa Kristina Ilinykh dan Nadezhda Bazhina dari Rusia.

Menurut laman web, Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), www.fina.org., gandingan Malaysia itu menamatkan saingan dengan mengumpul 279.33 mata manakala gandingan tuan rumah itu memperoleh 280.80 mata.

China, selaku kuasa besar dunia dalam sukan itu, terus menguasai saingan dengan pasangan Wu Minxia dan Shi Tingmao mengumpul 334.20 mata untuk merangkul pingat emas manakala pasangan Kanada, Jennifer Abel dan Pamela Ware, ketinggalan 25 mata untuk mengutip pingat perak.

Dalam pada itu, dalam acara 10m platform seirama wanita, pasangan negara, Cheong Jun Hoong dan Leong Mun Yee hanya mampu menghuni tangga kelima dengan 281.28 mata.

China mengumpul pingat emas kedua selepas Chen Ruolin dan Huixia Liu mencatatkan 338.88 mata manakala pasangan Kanada, Meaghan Benfeito dan Roseline Filion merangkul pingat perak dengan 316.11 mata.

Pasangan Britain, Sarah Barrow dan Tonia Couch berpuas hati dengan pingat gangsa setelah mengumpul 312.54 mata.

Cheong akan bersaing dalam acara individu esok iaitu 3m papan anjal sementara ratu terjun negara, Pandelela Rinong membuka langkah dalam acara 10m platform individu, Ahad ini. – Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");