Perak Hari Ini

Pemandu Maut, Kereta Bertembung Lori

TAIPING :Seorang maut dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan lori pagi tadi.

Menurut sumber, Balai Bomba dan Penyelamat kemalangan tersebut berlaku di Simpang Tiga jalan Termeloh Terong, di sini.

“Panggilan kecemasan diterima sekitar jam 7.50 pagi tadi,” katanya.

Menurut sumber lagi, pihak penyelamat mendapati kemalangan tersebut melibatkan kenderaan jenis Perodua Viva yang bertembung dengan sebuah lori membawa muatan tanah.

“Pemandu kereta berkenaan tersepit dan disahkan meninggalkan dunia ditempat kejadian oleh pihak Hospital,” katanya.

Anggota penyelamat telah menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak Polis bagi tindakan susulan,” katanya.

Operasi tamat sekitar jam 8.39 pagi tadi telah diketuai oleh Ketua Operasi PBK II Hisham Osman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");