Perak Hari Ini

Pemandu Parah Kereta Bertembung Dengan Sebuah Lori

SIMPANG PULAI: Seorang wanita cedera parah akibat tersepit di tempat duduk kenderaannya dalam satu kemalangan petang tadi

Mangsa seorang wanita berbangsa Cina dipercayai tersepit selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah lori.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), kejadian berlaku di Jalan Pos Slim, Simpang Pulai menghala ke jalan Cameron Highland.

“Pihak penyelamat menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.05 petang tadi,” katanya.

Tambah sumber lagi, setibanya di lokasi kejadian mendapati mangsa berumur 48 tahun tersepit dalam kenderaannya yang bertembung dengan sebuah lori.

“Pihak penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat khusus,” katanya lagi.

Mangsa yang berjaya diselamatkan menerima rawatan awal dan dihantar ke hospital berdekatan bagi rawatan lanjut.

Operasi menyelamat diketuai oleh PBK Abd Hadi Abdullah yang tamat sekitar jam 4 petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");