Isu Panas

Pemilihan PAS: Awang Selamat nasihat Hadi jangan ambil mudah

KUALA LUMPUR, 19 April:

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dinasihat supaya bekerja keras dan tidak mengambil mudah untuk mengekalkan jawatanya sebagai pemimpin tertinggi parti itu.

Awang Selamat dalam kolumnya, Bisik-Bisik Awang Selamat dalam Utusan Malaysia hari ini mendakwa Abdul Hadi mungkin dapat mengekalkan jawatan itu melalui pemilihan tetapi mungkin berdepan dengan tekanan daripada pemimpin parti itu sendiri.

Ini katanya ekoran gerakan terbuka yang mahu kepimpinan parti bertukar tangan yang digerakkan oleh beberapa pemimpin parti, termasuk Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Khalid Samad.

“Atas kertas, peluang Hadi mengekalkan jawatan itu adalah cerah tetapi nasihat Awang kepada beliau, usahlah selesa dan ambil mudah.

“Sudah lama Presiden Pas tidak diasak sebegini keras. Awang tidak pandai meramal.

“Kumpulan yang mahukan beliau diganti semakin lantang bersuara antaranya Ahli Jawantankuasa PAS, Khalid Samad,” katanya.

Namun katanya masih timbul persoalan adalah apakah Abdul Hadi akan berjaya mengekalkan kerusinya walaupun banyak tentangan yang diterima termasuk ahli partinya sendiri.

“Berjayakah Presiden PAS, Hadi Awang mempertahankan jawatannya ekoran gerakan terbuka yang mahu kepimpinan parti itu ditukar pada pemilihan Jun depan?” soalnya.

Terdahulu Khalid secara terang-terangan mengkritik Abdul Hadi mengenai hukum hudud dengan mengatakan tiada perbincangan antara pemimpin parti sebelum Rang Undang-undang (RUU) berkenaan dibentangkan.

Ia merujuk kepada pembentangan RUU yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, pada 18 Mac lalu.

Bagaimanapun laporan The Rakyat Post sebelum ini mengesahkan setakat ini sokongan terhadap Abdul Hadi masih lagi mendahului calon Presiden yang lain.

Memetik kenyataan Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfouz Mohamad, beliau berkata peluang untuk Abdul Hadi mengekalkan jawatan itu masih ada walaupun ia terlalu awal untuk disimpulkan.

“Masih terlalu awal untuk buat kesimpulan, mesyuarat kawasan (agung tahunan) masih lagi berjalan sehingga penghujung Mei tetapi setakat ini Tuan Guru (Abdul Hadi) mendahului walaupun terdapat saingan oleh calon lain,” katanya.

Selain Abdul Hadi, bekas Pesuruhjaya Perak, Ahmad Awang, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut dicalonkan oleh PAS kawasan.

-therakyatpost.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");